Polls
Announcements

Tender Kejuruteraan

Dipaparkan pada 13 Jul 2021

 

Tarikh Notis Tender dikeluarkan: 13.07.2021

Ruj. Kami:  MPKS/200-8/1/6(99)

 

MAJLIS  PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN

KENYATAAN  TENDER

  1. Tender adalah dipelawa daripada kalangan kontraktor-kontraktor yang telah berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) yang masih sah dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kelas dan kepala / subkepala yang berkaitan yang masih sah dan telah berdaftar dengan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) (sertakan surat  pendaftaran yang telah didaftar dengan MPKS sekiranya ada) yang dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja dibawah:-

 

 

BIL.

 

           NO. TENDER. 

 

TAJUK TENDER

 

 

BUTIR – BUTIR KELAYAKAN

HARGA DOKUMEN

 #TIDAK DIKEMBALIKAN#

1.

MPKS/ENG/T/09/2021 (ICU)

BINA BARU PARIT KONKRIT KAMPUNG TANJONG BUNDONG TRADISI, SAMARAHAN, SARAWAK, MP KOTA SAMARAHAN.

1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB;

- Gred G4;

- Kategori CE;

- Pengkhususan CE06, CE21.

DAN;

2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB

- Gred G4;

- Kategori CE.

ATAU;

1.  Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB

- Gred G4

- Kategori CE;

- Pengkhususan CE06, CE21.

DAN;

2.  Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ);

- Kelas C atau BX;

- Kepala IV;

- Subkepala 4(a).

DAN;

3.  Sijil Taraf Bumiputera BPKU atau UPKJ

(TAWARAN BUMUPUTERA)

 

RM 300.00 / SET

2.

MPKS/ENG/T/10/2021 (IRSDA)

MENAIKTARAF JALAN DI KAMPUNG MOYAN LAUT, MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN.

  1. Kelas D Kepala III Subkepala 2 (Kerja);

DAN

  1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB.

(TAWARAN TERBUKA)

 

 

RM 250.00 / SET

3.

MPKS/ENG/T/11/2021 (IRSDA)

MENAIKTARAF JALAN DI KAMPUNG EMPILA DAN KAMPUNG MELAYU, MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN.

  1. Kelas BX Kepala III Subkepala 2 (Kerja);

DAN

  1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB.

(TAWARAN TERBUKA)

 

RM 600.00 / SET

4.

MPKS/ENG/T/12/2021 (IRSDA)

MENAIKTARAF JALAN DI KAMPUNG BANGKA SEMONG,

MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN.

  1. Kelas D Kepala III Subkepala 2 (Kerja);

DAN

  1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB.

(TAWARAN TERBUKA)

 

RM 250.00 / SET

5.

MPKS/ENG/T/13/2021 (IRSDA)

MENAIKTARAF JALAN DI KAMPUNG ENDAP,

MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN.

  1. Kelas D Kepala III Subkepala 2 (Kerja);

DAN

  1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB.

(TAWARAN TERBUKA)

 

RM 250.00 / SET

6.

MPKS/ENG/T/14/2021 (IRSDA)

MENAIKTARAF JALAN DI KAMPUNG KERANJI,

MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN.

  1. Kelas E atau D Kepala III Subkepala 2 (Kerja);

DAN

  1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB.

(TAWARAN TERBUKA)

 

RM 200.00 / SET

  1. Dokumen Tender boleh diperolehi di Tingkat Bawah, Bahagian Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan pada waktu pejabat mulai

13hb JULAI 2021 (SELASA) setelah pembayaran dilakukan di Kaunter Pembayaran MPKS untuk Yuran Dokumen (tidak dikembalikan) dalam bentuk Wang Tunai atau Cek;

WAKTU PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:-

HARI

MASA

ISNIN  sehingga JUMAAT

08.00 PAGI – 11.00 PAGI

3.       Kontraktor (Pemegang Lesen) atau Wakil Kontraktor dikehendaki membawa SESALINAN SIJIL ASAL seperti dibawah untuk tujuan pengesahan sebelum dokumen tender  boleh dikeluarkan kepada penender yang layak:-

(a)     Sijil Pendaftaran Perniagaan, Sijil Pendaftaran Kontraktor dengan UPKJ atau Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB dan

          (Sijil Taraf Bumiputera & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan WAJIB bagi Tender Bilangan No.1);

(b)     Kad Pengenalan Pemegang Lesen atau Kad Pengenalan Wakil Syarikat (wakil dikehendaki membawa surat pengakuan daripada syarikat untuk tujuan pengesahan mengambil dokumen tender bagi pihak syarikat dan sesalinan kad pengenalan yang telah disahkan);

(c)     Profil Syarikat termasuk maklumat Plant dan Equipment serta Pengalaman Kontraktor

(dilampirkan sekali semasa menghantar dokumen tender);

(d)     Penyata kewangan 3 bulan terkini syarikat (dilampirkan sekali semasa menghantar dokumen tender).

*Salinan dokumen-dokumen diatas (telah disahkan) juga perlu dimasukkan sekali bersama dokumen tender semasa menghantar dokumen tender. Semua dokumen hendaklah diisi dan dilengkapkan, kegagalan berbuat demikian, Jawatankuasa Lembaga Tender boleh MENOLAK tawaran Tender.

4.       Dokumen Tender yang sempurna diisi hendaklah dimeteraikan dengan menggunakan sampul surat yang di atasnya bertanda SULIT dan  ditulis dengan jelas TARIKH TUTUP TENDER, NOMBOR TENDER dan TAJUK TENDER serta perlu dimasukkan ke dalam kotak peti tender yang disediakan di dalam bilik pejabat Setiausaha Perbandaran di Tingkat 1, Pejabat Majlis Perbandaran Kota Samarahan  dan dokumen  tender hendaklah dialamatkan seperti berikut:-

Setiausaha Perbandaran,

Majlis Perbandaran Kota Samarahan 

94300 Kota Samarahan

5.       Tarikh akhir MENGHANTAR/TUTUP bagi dokumen Tender di atas adalah pada 27 JULAI 2021 (SELASA) sebelum jam 12.00 TENGAH HARI dan sebarang dokumen Tender yang  diterima selepas masa yang ditetapkan akan ditolak.

6.       Maksimum ketebalan bagi dokumen tender yang dihantar hendaklah <7cm.

7.       Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) tidak terikat untuk menerima tawaran tender terendah atau mana-mana tawaran tender.

8.       Notis tender ini juga boleh dilayari di laman web http://www.mpks.sarawak.gov.my.

 

“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”

“AN HONOUR TO SERVE”

 

(HISSYAM BIN HAZMI)

B.P Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Kota Samarahan

 

s.k.:          1. Tuan Residen Bahagian Samarahan,            2. Pegawai Daerah Bahagian Samarahan         3. Jurutera Bahagian, JKR Samarahan,                           

                4. Jurutera Bahagian, DID Samarahan,             5. Akauntan, W41 MPKS                               6. MPKS Notice Board,                                 7. Fail.