Lokasi

MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia.

General Line : 6082-671023/24/25
Hotline : 6013-8561116
Pejabat Pengerusi : 6082-671241
Pejabat Setiausaha : 6082-671233
Perpustakaan awam : 082-671023/671024/671025
No. Faks : 6082-671342
E-mel: mpks@sarawak.gov.my
Kemaskini Pada: 1 12 2018
Versi 8.1.2
Jumlah Pelawat
0
Pengecualian yuran lesen anjing setahun mulai 1 Disember 2018
Tarikh : 01 Dec 2018  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menawarkan pengecualian yuran pembayaran lesen anjing setahun bermula 1 Disember 2018 hingga 30 November 2019. 

Tawaran pengecualian itu dibuat bagi menggalakkan pemilik anjing  untuk mendapatkan lesen haiwan peliharaan mereka dibawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Pelesenan dan Kawalan Anjing), 2018 yang berkuatkuasa esok. 

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Bakrie Zaini, pengecualian yuran lesen ini hanya bagi pemilik yang menghantar permohonan lesen anjing mereka antara 3 Disember 2018 hingga  28 Februari 2019. 

Sebarang permohonan yang dihantar selepas tamat tempoh tawaran ini akan tertakluk kepada struktur yuran baharu di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Pelesenan dan Kawalan Anjing). 

"Bagi mengelak kesulitan memperbaharui lesen anjing setiap tahun, pemilik anjing juga boleh mendapatkan lesen untuk tempoh tiga tahun.

"Borang bagi permohonan lesen anjing boleh dimuat turun dari laman sesawang pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan atau menerusi laman sesawang kementerian," katanya pada sidang media di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. 

Dalam pada itu yuran lesen anjing persendirian dikenakan sebanyak RM10 bagi seekor anjing yang telah dimandulkan dan RM30 bagi seekor anjing yang tidak dimandulkan untuk tempoh satu tahun. 

Setiap pemilik hanya dibenarkan untuk memiliki tiga ekor anjing dan bagi setiap anjing yang melebihi jumlah yang dibenarkan akan dikenakan yuran RM30 bagi seekor anjing yang telah dimandulkan dan RM90 bagi seekor anjing yang tidak dimandulkan untuk tempoh setahun.