Kota Samarahan, 22 April 2024 – Majlis Perbandaran Kota Samarahan telah menerima kunjungan daripada Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Gedong pada hari Jumaat yang lepas. Rombongan tersebut juga diiringi oleh Setiausaha Majlis, bersama beberapa kakitangan Majlis Daerah Gedong. Antara yang hadir adalah, Tn. Haji Tamida bin Haji Da’adi, Pengerusi Majlis Daerah Gedong, Tn. Haji Japar bin Haji Mustapha, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Gedong dan En. Wan Mahmad bin Wan Badhi, Setiausaha Majlis Daerah Gedong.
Ketibaan rombongan tersebut telah disambut oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Dato Peter Minos, Timbalan Pengerusi MPKS, Kr. Haji Abdul Muttalib bin Julaihi dan semua Ahli Majlis, MPKS yang hadir. Turut serta juga, Pemangku Setiausaha Perbandaran, En. Gustian bin Haji Durani dan barisan Ketua-ketua Bahagian MPKS.
Objektif sesi randau ini adalah untuk sesi suai kenal bersama Ahli Majlis, MPKS dan Ahli Majlis, Majlis Daerah Gedong. Selain itu, dapat mewujudkan kerjasama dan mengerat hubungan silaturahim antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan.
Semasa sesi randau tersebut, pihak MPKS telah membuat sesi perkongsian berkenaan beberapa inisiatif dan perkara yang telah dilaksanakan oleh MPKS dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat di Samarahan.
Dato Peter Minos menyampaikan cenderamata kepada Tn. Haji Tamida bin Haji Haji Da'adi.