Bahagian Kesihatan Persekitaran
- Pengurusan alam sekitar dan kesihatan persekitaran melalui sistem pengumpulan sampah, penyelenggaraan perparitan dan rumput dan pembersihan jalan-jalan yang berkesan.
- Kawalan penyakit berjangkit seperti demam denggi dan wabak lain.
- Mengawal kualiti dan keselamatan makanan.
- Penyelenggaraan pasar dan tandas awam.
- Memproses permohonan pelbagai lesen perniagaan.
- Semakan ke atas pelan-pelan bangunan dan pengeluaran sijil layak menduduki bangunan baru.
- Penguatkuasaan Akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengann kesihatan persekitaran.