Perutusan Setiausaha



Hjh. Norhalimah Binti Hj. Mohamad Hamni
Perutusan Setiausaha Perbandaran
Majlis Perbandaran Kota Samarahan.
Selamat Datang ke Laman Web Majlis Perbandaran Kota samarahan atau singkatannya "MPKS". Laman Web Majlis Perbandaran Kota samarahan ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai pelbagai fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Samarahan.

      Majlis Perbandaran Kota Samarahan baharu sahaja di istytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kota Samarahan pada 11.11.2016. MPKS Sentiasa menitikberatkan perkhidmatan berkualiti dalam urusan hariannya. Kakitangan MPKS telah dilatih untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh orang ramai dengan cekap, berkesan dan cepat.

      Pembangunan pesat yang berlaku di Bandaraya Kuching telah melimpah ke kawasan Majlis Perbandaran Kota samarahan yang meliputi kawasan pinggir bandar. Dalam menempuh arus dan tranformasi pembangunan pada masa ini, MPKS memandang berat tanggungjawabnya dan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak orang ramai dan wawasannya iaitu "MPKS SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN KOMUNITI CONTOH MENJELANG 2020"

      Saya ingin berkongsi dengan orang ramai bahawa tanggungjawab untuk mencapai wawasan ini, tidak akan tercapai jika hanya digalas dibahu Majlis Perbandaran Kota Samarahan semata-mata malahan penglibatan serta komitmen komuniti adalah elemen penting dalam usaha transformasi kawasan pinggir bandar Bandaraya Kuching menjadi pusat pembangunan komuniti contoh.

      Dengan adanya Laman ini akan membantu orang ramai di dalam mengetahui dan memahami peranan serta tanggungjawab Majlis Perbandaran Kota Samarahan malahan sebagai wadah penghubung di antara MPKS dengan komuniti setempat.

     Kami berharap, tuan/puan khususnya komuniti di luar sana akan mendapat maklumat yang menarik dan berfaedah semasa melayari laman web kami.

Terima Kasih