Perutusan Pengerusi

 

Perutusan Pengerusi


Perutusan Pengerusi
Kr. Haji Abang Ismawi bin Abang Ali

Assalamualaikum


Selamat Datang ke Laman Web
Majlis Perbandaran Kota Samarahan

Selamat datang dan salam pertemuan saya ucapkan kepada semua pengunjung Laman Web Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).

Majlis Perbandaran Kota Samarahan merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang dinaik taraf daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran pada 11 November 2016. Sebagai sebuah perbandaran yang masih baharu, sudah tentu tugas, tanggungjawab serta peranan yang dipikul adalah lebih besar dan mencabar, khususnya dalam usaha meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berorientasikan pelanggan kepada komuniti setempat.

Sehubungan itu, laman web Majlis Perbandaran Kota Samarahan ini diwujudkan sebagai salah satu medium rasmi penyampaian maklumat daripada kerajaan kepada rakyat. Laman web ini berperanan sebagai pintu gerbang maklumat bagi Bahagian Samarahan, dengan menyediakan pelbagai maklumat penting terutamanya berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Majlis kepada masyarakat di Kota Samarahan khususnya dan seluruh warga Sarawak amnya.

Saya berharap agar melalui laman web ini, orang ramai dapat memperoleh maklumat yang terkini, tepat dan mudah diakses bagi memenuhi keperluan pelanggan, selaras dengan usaha Majlis untuk meningkatkan kecekapan serta sistem penyampaian perkhidmatan. Diharapkan inisiatif ini dapat diterjemahkan kepada kemudahan dan kesejahteraan komuniti di Kota Samarahan.

Akhir kata, saya percaya bahawa usaha berterusan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik ini akan membantu merealisasikan objektif serta matlamat semua pihak berkepentingan dalam memastikan Kerajaan Tempatan di Negeri Sarawak ditadbir dan diurus dengan penuh integriti, profesionalisme dan berkualiti.

Saya juga amat menghargai serta mengalu-alukan sebarang maklum balas dan komen yang membina terhadap perkhidmatan Majlis Perbandaran Kota Samarahan serta kandungan laman web ini demi penambahbaikan berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.




Sekian terima kasih.