Bahagian Penguatkuasa
- Menguatkuasakan Undang-Undang dan polisi dibawah kuasa Majlis Perbandaran Kota Samarahan.
- Mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan di sepanjang jalan utama dan kawasan lapang dibawah pentadbiran Majlis agar bebas daripada aktiviti penjaja tanpa lesen.
- Mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekedai dan pengusaha kedai makan yang tidak mematuhi peraturan dan polisi yang telah ditetapkan oleh Majlis.
- Memantau penggantungan kain rentang dan bunting supaya berada dalam keadaan baik dan mematuhi peraturan Majlis
- Memantau dan mengambil tindakan terhadap struktur tanpa kebenaran.
- Mengenalpasti kawasan atau tempat yang berpotensi untuk dijadikan pusat penjaja.
- Membantu Agensi lain, Bahagian/Seksyen lain apabila bantuan dalam bentuk Penguatkuasaan dan Pengawalan diperlukan.
- Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan kebersihan di tempat awam, jalan-jalan dibawah seliaan majlis, tapak pembinaan dan kawasan perumahan awam
- Memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti hiburan tanpa permit/lesen dari pihak Majlis.
- Mengambil tindakan terhadap kesalahan penggunaan tapak letak kereta (Parking Lots) tanpa kebenaran daripada pihak Majlis.
·