News

 

MPKS sedia perkhidmatan tong RORO sempena Tahun Baharu Cina 2025

Posted on 28 Jan 2025
Source of News: Utusan Borneo

MPKS sedia perkhidmatan tong RORO sempena Tahun Baharu Cina 2025

 
Sim bersama yang lain pada sidang media di Bilik Mesyuarat MPKS di Kota Samarahan hari ini.
Sim bersama yang lain pada sidang media di Bilik Mesyuarat MPKS di Kota Samarahan hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) akan menyediakan perkhidmatan tong tong sampah Roll-On Roll-Off (RORO) di beberapa kawasan pentadbiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kawalan Bangunan dan Landskap MPKS Kaunselor Dato Sim Kiang Chiok berkata, kemudahan ini bertujuan memudahkan orang awam membuang sisa pukal bermula 24 Januari hingga 3 Februari 2025.

“Antara tujuh lokasi Penempatan Tong RORO adalah Taman Samarindah (Bin Centre Flat Lorong 16), Batu 9 (Bin Centre berdekatan UNACO), Taman APT (Lorong APT 1) Market Bandar Riyal (Pusat Hijfau), Taman UniCentral (tepi jalan masuk), Taman Desa Ilmu (Parking Lot Uptown) dan Pasar Asajaya (tapak tong market),” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat MPKS di sini hari ini.

Sehubungan itu, Sim menyarankan penduduk untuk mengangkut sampah pukal sendiri ke tong RORO yang disediakan.

“Malah kita juga menggesa penduduk Kota Samarahan untuk tidak membuang tayar ke dalam tong RORO,” katanya.

Beliau turut menggalakkan penduduk melaksanakan kaedah kitar semula barangan yang boleh dijual seperti kertas, aluminium dan barangan elektronik.

“Ini kerana pihak MPKS juga menjalankan Program Beli Balik Barangan Kitar Semula setiap Sabtu penghujung bulan dan sebarang maklumat lanjut boleh didapati melalui laman Facebook rasmi MPKS,” katanya.

  • oleh