News

 

MPKS PBT Pertama di Sarawak anjur Kursus OSH Coordinator

Posted on 29 Aug 2025
Source of News: mpks
MPKS PBT Pertama di Sarawak anjur Kursus OSH Coordinator



Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dan Chemsain sebagai konsultan telah menganjurkan Program Latihan Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) ICPD siri ke-4 pada 26-28 Ogos 2025 bertempat di Bilik Latihan, MPKS.

Program tersebut yang telah berlangsung selama 3 hari melibatkan seramai 25 orang vendor dan kontraktor yang memberikan perkhidmatan di MPKS.

“Syabas kepada MPKS kerana menyahut cabaran MEITD dalam menganjurkan OSH Coordinator dan merupakan PBT pertama yang menganjurkan”, kata Puan Anielia anak Siam, Timbalan Setiausaha Tetap MEITD.

OSH Coordinator yang dianjurkan pada kali ini merupakan siri ke-4 selepas beberapa siri telah diadakan di Bintulu, Sibu dan Kuching sebelum ini.

“Sebagai PBT yang bertanggungjawab terhadap pembangunan bandar dan kesejahteraan masyarakat, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja adalah keutamaan kami bukan sahaja melibatkan warga kerja majlis malah turut melibatkan vendor dan kontraktor yang berurusan secara langsung dengan operasi harian kami”, kata Pengerusi MPKS.

Beliau berkata beliau demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan OSH Coordinator dan Pelancaran MPKS OSH War-Cry 365 days Without Accident. 

Turut hadir dalam majlis tersebut, Puan  Anielia anak Siam Timbalan Setiausaha Tetap MEITD, Cik Haireana binti Mohamed Takip Penolong Setiausaha Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Puan Noria binti Mohamad Ali Timbalan Pengarah Khidmat Teknikal, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak (JKKP), Encik Bruce Jackson Joe, Senior Associate HRD Corp Sarawak Region, Nor Rashidah binti Nawawi Penolong Setiausaha Perbandaran Pengurusan Projek MPKS dan Encik Larry Ong Soon Soon, Pengarah Chemsain HRD Sdn Bhd.