News

 

PROGRAM KESEDARAN PEMBANGUNAN INTEGRITI BERSAMA KOMUNITI (CIB) PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI DI KOTA SAMARAHAN

Posted on 19 Jan 2026
Source of News: mpks
PROGRAM KESEDARAN PEMBANGUNAN INTEGRITI BERSAMA KOMUNITI (CIB) PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI DI KOTA SAMARAHAN


 
KOTA SAMARAHAN, 18 Januari 2026 – Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah menganjurkan Program Kesedaran Pembangunan Integriti Bersama Komuniti “Community Integrity Building” (CIB) yang berlangsung di Dewan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), Kota Samarahan.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya.
 
Penganjuran CIB bertujuan memperkukuh budaya integriti dalam kalangan komuniti melalui pendekatan berasaskan data, respons pantas serta pemantauan bersama. Program ini menghimpunkan pelbagai Agensi Kerajaan Negeri Sarawak, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), komuniti setempat serta rakan strategik sebagai usaha kolektif ke arah tadbir urus yang telus dan berintegriti.
 
Antara pengisian utama program ialah Ceramah Integriti Keluarga oleh Institut Integriti Malaysia (IIM), Taklimat Saluran Aduan oleh Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Taklimat Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), serta ceramah berkaitan pengukuhan nilai dan amalan integriti.
 
CIB berperanan sebagai platform reformasi sosial yang menterjemahkan prinsip integriti kepada mekanisme pelaksanaan, pemantauan data dan tindakan bersepadu. Melalui pendekatan co-monitoring, komuniti diangkat sebagai rakan strategik bagi mempercepat penyelesaian isu serta mengurangkan berulangnya permasalahan di peringkat akar umbi.
 
Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato’ Murshid Diraja Datuk Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman); Tuan Wan Mohamad bin Wan Drahman, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS); Encik Harisham bin Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi Institut Integriti Malaysia (IIM); serta Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan.