Berita

 

OPERASI KENDERAAN TERBIAR DI SEKITAR DESA ILMU

Disiarkan pada 19 Jan 2026
Sumber Berita: mpks
OPERASI KENDERAAN TERBIAR DI SEKITAR DESA ILMU

 
KOTA SAMARAHAN, 19 Januari – Bahagian Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) hari ini telah menjalankan Operasi Kenderaan Terbiar di sekitar kawasan komersial Desa Ilmu.
 
Operasi ini dilaksanakan susulan tamatnya tempoh notis amaran selama tujuh (7) hari yang telah dikeluarkan sebelum ini kepada pemilik kenderaan terlibat. Namun begitu, tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh pemilik kenderaan dalam tempoh yang ditetapkan.
 
Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengambil tindakan sitaan dan penundaan terhadap kenderaan yang gagal mematuhi arahan serta notis yang telah dikeluarkan.
 
Semua kenderaan yang disita akan ditempatkan sementara di perkarangan Pejabat MPKS bagi tujuan rekod dan pemeriksaan lanjut.
Pemeriksaan serta pemantauan terhadap kenderaan terbiar akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran awam sentiasa bersih, selamat dan teratur serta memastikan ruang tempat letak kereta dapat digunakan orang awam.
 
MPKS menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan serta bekerjasama dalam menjaga kebersihan dan imej kawasan perbandaran.