Walkabout di Bazar Ramadan Bandar Riyal, 200 Pek Bubur Lambuk Diagihkan kepada Peniaga dan Pengunjung
Posted on 24 Feb 2026
Source of News: mpks
Walkabout di Bazar Ramadan Bandar Riyal, 200 Pek Bubur Lambuk Diagihkan kepada Peniaga dan Pengunjung
Bandar Riyal, Stakan – 23 Februari 2026, Program Walkabout di Bazar Ramadan Bandar Riyal yang dianjurkan oleh Belia N17 Stakan telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peniaga serta pengunjung bazar.
Program ini telah dirasmikan oleh Hamzah bin Haji Brahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N17 Stakan. Turut hadir memeriahkan program ialah Pengerusi MPKS, Abang Ismawi bin Abang Ali, Timbalan Pengerusi MPKS, Daily, serta ahli-ahli majlis MPKS.
Sebanyak 200 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada para peniaga dan pengunjung bazar sebagai tanda penghargaan serta simbol semangat kebersamaan dalam menyemarakkan bulan Ramadan.
Menurut YB Datuk Hamzah, program seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat, malah menjadi platform untuk menyantuni peniaga kecil serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan komuniti.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini, dan berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.