News

 

Majlis Perbandaran Kota Samarahan Adakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan Perkukuh Kerjasama Pendidikan dan Komuniti

Posted on 27 Feb 2026
Source of News: mpks
Majlis Perbandaran Kota Samarahan Adakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan Perkukuh Kerjasama Pendidikan dan Komuniti

 
Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan (PPD Samarahan) pada hari ini, 27 Februari 2026.
 
Delegasi MPKS diketuai oleh Pengerusi MPKS, Kr. Abang Ismawi bin Abang Ali bersama Timbalan Pengerusi MPKS, Setiausaha Perbandaran, beberapa ahli majlis serta ketua-ketua bahagian MPKS.
 
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan Pertandingan Kitar Semula Sekolah Peringkat MPKS serta mendapatkan kerjasama pihak PPD bagi memastikan penglibatan sekolah-sekolah yang lebih menyeluruh dan aktif dalam program berkenaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha MPKS untuk meningkatkan kesedaran amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.
 
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan peluang kerjasama strategik dalam beberapa aktiviti komuniti yang dirancang oleh MPKS sepanjang tahun ini. Antara perkara yang diberi penekanan ialah pelaksanaan inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak yang bertujuan mewujudkan persekitaran bandar yang selamat, inklusif dan kondusif untuk perkembangan kanak-kanak.
 
MPKS berharap kerjasama erat bersama PPD Samarahan akan terus diperkukuh demi memastikan setiap program yang dirancang dapat memberi manfaat optimum kepada warga sekolah dan masyarakat setempat.