News

 

MPKS LANCAR KEMPEN 3R: PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT MPKS 2026

Posted on 31 Mar 2026
Source of News: mpks
MPKS LANCAR KEMPEN 3R: PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT MPKS 2026


 
Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah melancarkan Kempen 3R: Pertandingan Kitar Semula bagi sekolah rendah dan menengah peringkat MPKS pada semalam.
 
Kempen ini melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah kawasan pentadbiran MPKS, dengan objektif untuk menggalakkan penglibatan aktif pihak sekolah serta memupuk amalan kitar semula dalam kalangan pelajar sejak usia muda.
Kempen ini akan berlangsung mulai 1 April hingga 30 September 2026. Selain itu, sekolah-sekolah yang terlibat turut digalakkan untuk menyertai Pertandingan Kitar Semula peringkat Sekolah Zon Selatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Fraser & Neave (F&N).

 
MPKS mensasarkan sekurang-kurangnya 50% daripada 61 buah sekolah dalam kawasan pentadbirannya untuk mengambil bahagian dalam kempen ini.
Antara impak yang disasarkan melalui pelaksanaan kempen ini ialah peningkatan jumlah kutipan bahan kitar semula sebanyak 50% hingga 70% berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, kempen ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat serta membentuk budaya cintakan alam sekitar dalam jangka masa panjang.
 
Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, Tuan Haji Shbini bin Haji Saini; wakil daripada Kementerian Kesihatan Awam Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Puan Erin Tan Boon Ling, Pengerusi MPKS, Kr. Haji Abang Ismawi bin Abang Ali; serta ahli-ahli majlis.