Lokasi

MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia.

General Line : 6082-671023/24/25
Hotline : 6013-8561116
Pejabat Pengerusi : 6082-671241
Pejabat Setiausaha : 6082-671233
Perpustakaan awam : 082-671023/671024/671025
No. Faks : 6082-671342
E-mel: mpks@sarawak.gov.my
Kemaskini Pada: 15 11 2018
Versi 8.0.4a
Jumlah Pelawat
0
PengenalanPengenalan
Majlis Perbandaran Kota Samarahan terletak di daerah Samarahan yang kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuching. Majlis Perbandaran Kota Samarahan telah diwartakan pada 27 Disember 1984 dan melaksanakan kuasa untuk mentadbir kawasan-kawasan di bawah jagaannya bermula 1 Januari 1985.

     Kawasan-kawasan yang terletak di bawah kawalan Majlis Perbandaran Kota Samarahan termasuk Daerah kecil Asajaya dan Daerah kecil Sadong Jaya. Pengerusi Majlis atau lebih dikenali sebagai Wali-kota, mengetuai Majlis Perbandaran Kota Samarahan berdasarkan peruntukan di bawah Ordinan kuasa-kuasa Tempatan (The Local Authority Ordinance).

     Daerah Samarahan mempunyai keluasan 593.9 kilometer persegi. Berdasarkan kepada Banci Penduduk 2000, jumlah penduduk bagi Daerah Samarahan adalah (46,966) dan Asajaya (28,513) ialah 75,476. Rupa bentuk muka bumi di Daerah Samarahan adalah rata dan kebanyakannya terdiri dari tanah pamah atau gambut. Keadaan tanah seperti inilah yang sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian dan disinilah projek IADA dijalankan. Antara komoditi yang dihasilkan ialah tanaman limau manis, kelapa, kelapa sawit dan nanas. Terdapat juga tanaman kontan yang popular iaitu padi sawah, tembikai, jagung manis dan sayur-sayuran.

     Namun begitu terdapat juga kawasan perindustrian (Samarahan Industrial Zone) yang terletak bersebelahan Kampung Tanjung Bundong. Keluasan Zon Perindustrian Samarahan ialah seluas 62.213 hektar.